Presiden ISMA lancar buku koleksi cerpen Islami KRIM




Ustaz Abdullah Zaik bersama Mejar Nadzri semasa pelancaran buku Revolusi Iman

Shah Alam, 28 Ogos – Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman telah melancarkan buku koleksi cerpen Islami terbitan bersama Kelab Remaja ISMA (KRIM) dan Telaga Biru Sdn. Bhd. sempena Majlis Anugerah Pemenang Cerpen Islami yang telah berlangsung di Kompleks PKNS di sini.

Buku berjudul Revolusi Iman ini menghimpunkan cerpen-cerpen pemenang Pertandingan Cerpen Islami yang dianjurkan KRIM dengan kerjasama Telaga Biru.

Buku ini akan dipasarkan kepada umum dengan golongan remaja sebagai kumpulan sasar utama.
Nur Natasha bt Mohamad Sain daripada SBPI Selandar, Melaka telah dinobatkan sebagai johan pertandingan diikuti Siti Nor Syuhada bt Ahmad Sanusi daripada SMK Jitra, Kedah dan Tengku Fatimah Azzahra daripada SMKA Kuala Abang, Terengganu.

Para pemenang telah diraikan dalam majlis ini yang turut dihadiri Mejar Nadzri bin Musman (Pengerusi Kelab Remaja ISMA), En. Mohd Hazli Hasan (Ketua Unit Sains Sosial PPD Petaling Perdana) dan En. Faruq Zahran selaku wakil daripada Telaga Biru Sdn Bhd.

0 comments:

Post a Comment

 
Powered by Blogger