Berminat mengambil STAM?
Pendaftaran STAM di Akademi Ikatan Muslimin (AIM)


Pengiktirafan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2000 oleh Kementerian Pelajaran telah meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kemampuan pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut. Pada tahun 2009, STAM telah diiktiraf sama taraf seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Pelajar yang berjaya dalam peperiksaan STAM bukan sahaja berpeluang memasuki IPTA dalam negeri tetapi juga berpeluang cerah untuk menyambung pelajaran di IPT luar negeri seperti Universiti Al-Azhar.
Penubuhan Akademi Ikatan Muslimin Perak (AIM) ini adalah merupakan institut tunggal di Perak yang akan mengkhususkan pelajarnya menduduki STAM melalui pendidikan berkonsepkan pra-universiti. Menariknya juga institut ini memfokuskan ilmu melalui pembinaan sahsiah muslim melalui pelbagai program yang disusun rapi oleh fasilitator yang berpengalaman.
Maklumat lanjut layari blog ISMA Perak
Maklumat lanjut layari blog ISMA Perak
1 comments:
Alhamdulillah..
My Blog
Post a Comment