SPM : sudah luluskah kita?

PUTRAJAYA 12 Mac – Seramai 10,080 daripada 442,936 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 di seluruh negara berjaya memperoleh kelulusan 10 A atau lebih dalam mata pelajaran yang diambil.
12 Mac 2009...
Ada yang gembira. Ada yang berdukacita. Semua terfikir-terfikir untuk mengejar cita-cita. Ke luar negara, metrik, diploma, degree dan sebagainya. Ibu bapa, saudara-mara, rakan-rakan, bahkan kerajaan turut berbangga.
"seramai 6,277 calon atau 1.6 peratus berjaya dengan cemerlang memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 5,060 (1.31 peratus) pada 2007."
Namun adakah kita sudah BERJAYA dalam SPM sebenarnya?
Memang ramai yang cemerlang dalam SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).
Tetapi sudahkah kita berjaya mencapai Sepuluh Peribadi Muslim (SPM) yang digariskan Hasan Al-Banna dalam mentarbiyyah diri kita?
- Salimul Aqidah.
- Shahihul Ibadah.
- Matinul Khuluq.
- Qowiyyul Jismi.
- Mutsaqqoful Fikri.
- Mujahadatun Linafsihi.
- Harishun 'ala Waqtihi.
- Munazhzhamun fi Syu'unihi.
- Qodirun 'alal Kasbi.
- Naafi'un Lighoirihi.
Ujian masih berjalan. Teruskan perjuangan!!
0 comments:
Post a Comment